Saturday, December 2, 2006

Terlewatkah aku

“Ya allah! kau semadikanlah roh ibubapaku di tempat orang-orang yang mukminin dan kau panjangkanlah umurku sehingga aku benar-benar bersedia.”
Sharifah Amira dapat merasakan perjalanan hidupnya sudah sampai ke penghujungnya. Namun dengan ketabahan,keyakinan dan kasih sayang daripada orang di sekelilingnya membuatkan dia bertambah kuat untuk menghadapi sisa-sisa hidupnya.
Dia bingung….
Dia asyik menikmati kehijauan pokok-pokok bunga yang ditanam oleh mamanya sendiri dari birai jendela biliknya. Fikirannya sentiasa memikirkan nasib adik kesayangannya yang masih belum lagi mengenali arus kehidupan. Dalam penderitaan yang dialaminya. Berbagai dugaan yang diterimanya namun dia tetap tenang menghadapinya.
Tidak lama kemudian Amira menutup jendela biliknya dan melangkah lemah ke katilnya. Matanya merenung foto arwah papa dan mamanya ketika melawatnya dirinya semasa sedang melanjutkan pelajaran di Amerika setahun yang lepas.
“Ya allah musibah apakah ini?” bisik hatinya.
Amira bangun dan meraba meja sisi di katinya. “Kenapa mesti aku?” dia mencapai keputusan kesihatan yang diterimanya semalam. Dia disahkan menghidap ACUTE MYLELOID LEUKIMIA. Air matanya menitis.
Amira bangun dan berlari anak menuju ke bilik adiknya apabila mendengar tangisan adiknya itu. Dia menenangkan adiknya yang meracau memanggil mamanya. Air matanya menitis kembali melihat keadaan adiknya yang baru berusia empat tahun itu. Syed Afzan demam sejak pemergian kedua ibubapanya dalam kemalangan jalanraya seminggu yang lalu. Amira meratapi nasib malang adiknya yang masih mentah itu bakal kehilangan dirinya kelak.
“Adik nak mama…. kenapa mama tak balik lagi kakak? Afzan memeluk erat kakaknya.
Amira bertambah pilu memikirkan nasib adiknya dan syarikat papanya yang tiada pengganti. Mereka tiada saudara mara lagi didunia kerana kedua orang tua mereka merupakan anak tunggal. Dia tertekan. Pelajarannya terpaksa dikorbankan demi adiknya.
“ Aku harus mengatur langkah demi masa depan syarikat papa dan Afzan. Aku berjanji Capricorn Holding tidak akan jatuh ke tangan sesiapa”.
“Luekmia kau benar-benar telah membunuhku”.

Farid tidak memperdulikan tetamu yang lain. Matanya hanya tertumpu pada gadis yang sedang sibuk melayan tetamu.
“emm… cun juga budak nie… siapa dia?.
Hatinya terpaut pada keayuan gadis itu dan buat pertama kali hatinya telah jatuh cinta. Langkah untuk menghampiri gadis itu terbantut apabila papanya memanggil dirinya. Tanpa banyak soal dia menghampiri papa dan mamanya yang sedang berbual dengan Tan Sri Dato Syed Hakimi dan isterinya Puan Seri Datin Sharifah Izwayu yang sedang memangku anak bongsu mereka Syed Afzan yang baru berusia dua tahun.
“Farid cuti sampai bila?”.
“Lusa auntie.”
“Waa, tidak lama lagi ada lagi seorang doktor yang akan muncul dalam keluarga you Sulaiman.”
Mereka ketawa. Tetamu yang lain tersenyum melihat telatah mereka.
“Alah you pun apa kurangnya. Bila Amira dah abis belajar nanti mesti dia yang akan ambil alih Capricorn Holding.”
“Bercakap tentang Amira. Mana dia? Dari tadi I tak nampak dia pun,” Datin Marina mencelah.
“Dia ada dengan kawan-kawan dialah tadi. Agaknya dia tak perasan dengan kehadiran you all. Kalu tak dia yang paling bising lebih lagi kalu nampak uncle Sulaiman dia nie.”
“Doktor.. I rasa pesakit yang bernama Amira tidak datanglah, I dah try call dia tapi tiada orang jawablah.
Farid tersentak.. senyum. Dia sendiri tidak menyangka gadis yang dilihatnya di majlis ulang tahun perkahwinan Tan Sri Dato Syed Hakimi itu adalah anak kepada sahabat baik papanya itu.
Dia menyedari itu semua semasa melihat mamanya sedang cuba menenangkan Amira di hari pengebumian kedua orang tuanya.
Ditakdirkan dia yang dipertanggungjawab untuk merawat penyakit Amira itu.
Farid benar-benar kesal dengan sikap Amira yang tidak mempedulikan tahap kesihatanya lagi. Dia dapat merasakan Amira benar-benar telah putus asa.
“akan ku menerangi hidupmu ratu ku” bisiknya sambil membaca laporan perubatan Amira.

Amira sedang sibuk menyemak laporan kewangan syarikat dirumahnya. Dia benar-benar terlupa untuk menjalani pemeriksaan di hospital. Sesekali pandangya meluru kearah Afzan yang sedang leka bermain bersama

pembantu rumahnya. Telatah Afzan sedikit sebanyak telah mengurangkan beban yang ditanggungnya selama ini.
Tanpa apa-apa pengetahuan dalam pengendalian syarikat membuatkan dia semakin tertekan.
Demi masa depan adiknya Amira harus menguatkan semangatnya untuk memperjuangkan syarikat papanya. Masih tersingkap pesanan arwah papanya disaat akhir sebelum pemergiannya.
“Mira! Nanti papa dan mama takde jaga adik baik-baik tau. Malam karang Mira makanlah dulu. Tidak payah tunggu kami. Papa dan mama mungkin tidak balik malam nie”.
Syed Afzan meronta-ronta tidak mahu melepaskan mamanya. Datin Sharifah Izwayu memberikan satu ciuman yang amat mendalam terhadap anak-anaknya. Amira hairan melihat telatah papa dan mamanya sedangkan mereka hanya akan pergi ke jamuan sahabat papanya sahaja. Hatinya tidak sedap.
Sedang Amira cuba untuk menidurkan adiknya dia dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu. Amira membuka pintu dan terpancul Mak Yam yang sudah setengah abad bekerja dirumahnya mengatakan bahawa ada dua orang pegawai polis yang ingin berjumpa dengannya.
Amira keluar dari bilik Afzan dan berlari anak menuruni tangga. Hatinya berdebar-debar.
“adik, sila ikut kami kehospital. Ibu bapa adik telibat dalam kemalangan jalanraya. Mereka dalam keadaan tenat sekarang”.
Mendengar itu Amira jatuh terkulai. Pegawai polis tadi cuba menenangkan dirinya.
Amira berdoa agar keadaan papa dan mamanya tidak seteruk yang diceritakan oleh pegawai polis tadi.
Sampai di hospital Amira segera mendapatkan Doktor Sulaiman sahabat baik papanya.
“uncle..uncle..belum sempat Amira bertanya apa-apa Dr Sulaiman hanya mengelengkan kepala sambil tertunduk. Air matanya menitis deras. Melihat telatah Dr Sulaiman Amira faham bahawa papa dan mamanya sudah tiada lagi. Terketar-ketar tubuh Amira pada masa itu. Dirinya terduduk lemah. Waktu itu hanya terdengar tangisan daripadanya..
Dalam keadaan yang begitu tidak tenang Dr Sulaiman cuba menenangkan Amira. Dia harus tabah kerana dia tahu Amira lebih memerlukan dorongan darinya ketika ini. Amira merasakan dunianya gelap tanpa tempat bergantung. Wajah Afzan terbayang di fikirannya.
Rengekan Afzan menyedarkan Amira dari lamunannya. Dia menoleh dan melihat telatah Mak Yam yang sedang cuba memujuk adiknya itu. Amira tersenyum apbila melihat adiknya memanggilnya untuk mengadu kesakitan yang di alaminya kerana terjatuh dari basikal. Dia lantas mendapatkan adiknya. Air matanya dikesat.

Dua tahun berlalu…..
“selamat hari jadi sayang” Amira memberikan kucupan mesra pada adiknya.
Afzan tersenyum.
“nie dari abang Farid”. Afzan menerimanya
“lepas nie Afzan dah tak boleh bermanja dengan kakak lagi. Sebab Afzan dah besar.. dah umur 6 tahun pun.” Farid mengusik.
“kak tengoklah abang Farid nie”. Afzan merajuk.
“dahlah tue Farid, jangan diusik budak tue. Tengok kan dah merajuk tue”. Doktor Sulaiman mencelah sambil mengusap kepala Afzan.
Syed Afzan tersenyum bangga melihat Farid yang sedang tertawa melihat dirinya.
Semejak pemergian papa dan mamanya, keluarga Doktor Sulaiman merupakan tempat bermanja bagi Amira dan Afzan.
Amira juga tidak menghalang Afzan memanggil Doktor Sulaiman dengan panggilan papa kerana dia yakin merekalah yang sebenarnya layak menjaga Afzan setelah pemergiannya kelak.
Amira keluar untuk mengambil udara segar.
Afzan sibuk melayan temannya dan Doktor Sulaiman dan isterinya melayan tetamu yang hadir.
“papa, mama! adik dah pun berumur 6 tahun. Mira dah melakukan sedaya upaya yang mungkin. Mira rindukan papa dan mama” air matanya mengalir.
“Sudahlah tue Mira, orang tua Mira dah lama pergi. Tidak baik tangisi lagi pemergian mereka. Nanti kalau Afzan nampak lagi dia sedih tengok keadaan Mira macam nie”. Farid bersuara sambil mengesat air mata Amira.
Amira tersenyum. Senyuman Amira amat bermakna bagi Farid. Bukan sahaja rupa luaran malah kecantikan asli sudah dimaklumi. Kemesraan, kelembutan dan ketertiban Amira sudah cukup membuatkan hati Farid terpaut. Kini dirinya semakin dekat dengan Amira kerana dialah antara orang yang memberikan semangat dan dorongan selain menjadi doktor yang merawat Amira.
“so! Macam mana dengan cadangan I tue?’
Amira tersenyum. Senyuman yang amat manis tetapi jelas penderitaan diwajahnya. Ingin sekali dia berkongsi segala penderitaan itu bersama-sama tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada Amira juga mempunyai perasaan padanya. Terdengar ketawa riang Afzan dan temannya akibat telatah Doktor Sulaiman. Amira sedikit terubat.
“jangan fikirkan sangat Amira. Lagipun you dah lama tidak buat pemeriksaan”. Usul Farid mematikan lamunan Amira.
“you cakap senang Farid. Tapi I yang menanggungnya”. Bidas Amira sambil memerhatikan adiknya.
“I faham! Kan I doktor, that why I nak you pergi London untuk operation tue”.
Sudahlah Farid, ajal dan maut ditangan Allh. Kalu ditakdirkan I akan mati. Macam mana cara pun I berubat I akan tetap mati”,
“pleasa Amira! Jangan cakap macam tue. Sekurangnya fikirkanlah demi adik you. Semua orang nak lihat you selamat. Begitu juga I, percayalah Amira I love you so much”. Panjang Farid berbicara. Hatinya puas kerana dapat meluahkan segalanya. Amira menoleh kearahnya dan tertunduk lesu.
Farid melihat wajah Amira penuh sebak. Dia tahu disebalik wajah tenang itu tersimpan seribu penderitaan. Dia kesal dalam usia yang begitu muda ini Amira telah banyak menderita. Sebab itulah dia berusaha untuk mengubati penyakit Amira walau dengan apa jua caranya. Dia tidak mahu kehilangan Amira dan jika benarlah itu akan terjadi Farid akan kehilangan sesuatu yang paling berniklai dalam hidupnya. Nilai cintanya pada Amira tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa. Farid memejamkan matanya.
“oh tuhan! Kau panjangkanlah umur gadis ini”. Matanya berair.
“Mira jom kita masuk. angin kuat sangatlah, nanti you demam pulak”
Amira tidak bersuara. Langkahnya lemah pandangannya kelam.
Melihat Amira yang tidak menjawab Farid pusing melihat Amira yang tertunduk menahan sakit.
“Amira! Kenapa nie”. Farid menjerit kecil.
Farid mendukung Amira ke ruang tamu. Semuanya cemas melihat keadaan Amira. Afzan menangis mengenggam erat tangan kakaknya.
“Ya allah! Farid botol ubatnya kosong”. Mak Yam tersedu.
Kenapa boleh jadi macam ni. Ok kite bawa Amira ke hospital”.
Amira enggan ke hospital. Dia yakin masanya telah tiba. Dia mahu menghabiskan nafas terakhirnya di rumah itu. Air matanya mengalir melihat adiknya. Farid cuba memberikan rawatan tetapi Amira menolak.
“Adik jaga diri baik-baik. Nanti kakak tidak ada jangan susahkan papa Man dan mama Ina,” lemah Amira bersuara.
Apalah yang budak baru berusia enam tahun itu faham dengan kata-kata kakaknya. “Kakak nak pergi mana., adik nak ikut kakak,” papa Man kenapa dengan kakak nie.”
Mendengar kata Afzan tiada siapa yang dapat menahan rasa hiba. Datin Marina pergi mendapatkan Afzan dan ingin membawanya keluar tetapi Afzan meronta-ronta tidak mahu melepaskan kakaknya akhirnya datin Marina akur dengan Afzan.
“Farid mahukah you berjanji dengan I, tolong jaga Afzan seperti adik you juga. Jadikan dia insan yang berguna kelak. Capricorn Holding bergantung pada you sementara Afzan layak untuk menerajuinya,” Amir merenung Farid sambil memeluk adiknya. Farid menggangguk.
“Maafkan I Amira kerana tidak dapat menyelamatkan you.”
Amira cuba untuk tersenyum. Dia mengelengkan kepalanya.
“You dah banyak berusaha untuk I. percayalah Farid cinta itu juga untuk you” nafasnya tersekat.
“Mira mengucap sayang. Ikut papa Man.. lailahailallah”.
“La…ilahailla..lah” nafasnya terhenti
“innalillawainnaillahhirojiun”
“Mama Ina kenapa kakak tidur kat sini. Suruhlah kakak bangun”
Datin Marina tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Afzan. Dia memeluk erat Afzan. Tersa simpati dengan nasib anak muda itu.
Melihat Datin Marina yang menangis Afzan mendapatkan Doktor Sulaiman. “Papa Man. Suruh kakak bangun. Dia belum makan kek Afzan lagi”.Menangis Afzan melihat kakaknya yang tidak sedarkan diri lagi.
“kakak bangunlah” raung Afzan.
Sabarlah Afzan. Kakak Afzan dah pergi jauh. Kita doakan kakak tenang disana” Pujuk doktor Sulaiman.
Suara itu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya tersentuh. Sekali lagi banglo dua tingkat itu disurami suasan pilu sejak dua tahun yang lalu.
Disatu sudut Farid tertunduk kesal kerana tdak meluahkan perasaanya sebelum ini. Dia merasakan bahawa dirinya benar-benar terlewat memenangi hati Amira. Namun jauh disudut hati kesal itu Farid bersyukur kerana dia tahu bahawa cinta itu memang untuknya.

lewatnya masa itu

dah pukul 7 nie.. tp aku masih di opis.. nak tlg siapkan keje yg patut utk konsert si buta... wat pertama kali aku wat lay out gune word je.. msti en mat bangga.. lupe plak en mat tue lecturer senibina aku masa kat kolej dulu. bila dah siap je lay out aku g mydin ngan nisa nak beli brg.. blk je dr mydin aku tgk moque, redz ngan nanim ngah bersepah wat atucara.. kesian aku tgk.....
blk dr opis kul 11.. aduh penatnye.. tuhan je yg tau.... nasib baik umah aku dekat.. kalu aku ddk jauh agaknya mesti aku smpai kat umah kul 3 pagi mcm org tue. heheheh.. tu ler sape suruh ddk jauh2 sgt....

kisah pak guard yg botak


pg beli barang bersama shima adalah hari yg paling penat sekali... bknnya aku penat kerana shoping.. tp penat kerana ketawa.. ape ntah bdk shima...... aku salah jalan pun dia nak gelak.. entah pe yg lawak aku pun x phm budak nie.... aduh punya ler best dpt shping kalu duit dlm tgn ada rm1000 lebih.. tp malangnya itu bkn duit kami...... tp plg best part nak kuar dr care4 tue.. aku g ler bayar duit air yg kak elina kirim.... ada le alarm leh bunyi pada hal kami dah bayar harga barang.. dah sudah satu hal plak yg dtg... pastu guard dia dtg nak check brg kami.. aduh!!!!! malunya org dah usha semcm.. tapi kami wat muka maintain.. yer aarr org x salah nak wat pe takut.. ye x.. tp ntah mcm ne masa pak guard tue check brg kami tertmbul satu idea kat pala otak shima nak amik gmbr... dia pun suruh aarr aku diri kat sebelah pak guard tue.. aku pun penuh selamba.. wat aarr muka macho. tetiba pak guard tue "nape x ckp bg tau nak amik gmbr.. kalu x leh pakcik pakai rambut palsu" aku pun baru perasan pak guard tue botak.. pe lagi aku pun lari sebelah shima.. masa tue shima dah gelak sakan.rupanya shima mmg sengaja nak pedajal aku.. dia mmg dah prasan yg pak guard tue botak sebenarnya. aduh aku punya ler seram... mmg shima nie nmpk baik tapi awas kwn2 dia nie sebenarnya kalu nak pekena org mmg handal............


tp masa nak tg teksi mmg x leh blah.. punya ler ramai org yg tngah beratur.. isk isk isk oeg2 nie x reti ddk umah ke... geram pun ada... dah ler nak ujan ms nie... dugaan tul aarr.. tiba ler teksi yg dtunggu2. tp hampeh tul drebar nie.. bkn nak tlg angkat kotak.. x gentleman langsung.... dah tue x phm pe yg shoma ckp.. tp mmg aku rsa dia x phm sb shima ckp bersepah kot.. hehehe.. x mesra alam tul.....


smpai opis dlm kul 5.. punya ler kelam kabut nak balut adiah nsb baik aaarrr team work kami kuat... berkat kerjasama together gether siap lah gak balut 15 kotak tue dlm masa yg dekat.. syabas kekwn..